Profil Unit KoKurikulum

FALSAFAH UNIT KOKURIKULUM


Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang sedar bahawa pencapaian kecemerlangan serta pembudayaan kegigihan, ketahanan mental serata fizikal, kemuliaan rohani dan penghayatan nilai-nilai murni adalah berterusan demi melahirkan ahli-ahli masyarakat yang unggul yang bakal menangani masa depan bangsa dan negara.

VISI

Sekolah Menengah Kebangsaan Jawi menjadi sekolah cemerlang menjelang 2015
MISI

Memastikan penglibatan dan pencapaian cemerlang murid dalam aktiviti kokurikulum.

1.0 PENDAHULUAN

Sekolah Menengah Kebangsaan Jawi merupakan sebuah Sekolah Harian Biasa yang bertanggung jawab bukan hanya semata-mata untuk mencapai kecemerlangan akademik anak-anak didiknya, tetapi juga memupuk dan menerapkan sahsiah mereka yang cemerlang.

Adalah menjadi matlamat sekolah untuk melahirkan insan yang seimbang dengan melatih mereka menggunakan masa lapang yang optima serta memberi kegembiraan dan kesejahteraan. Hasrat ini dapat dipupuk melalui aktiviti kokurikulum yang menjadi wadah untuk meningkatkan interaksi dan integrasi di kalangan pelajar, membina sahsiah bersepadu dari aspek psikomoto, kognitif dan afektif.

Penolong Kanan Kurikulum bertanggungjawab kepada Pengetua untuk mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan melalui pemantapan pengurusan Kokurikulum. Bidang tanggungjawab merangkumi pengurusan aktiviti sukan dan permainan, persatuan dan kelab, serta unit badan beruniform dan koperasi sekolah.

2.0 MATLAMAT

Aktiviti Kokurikulum , Sekolah Menengah Kebangsaan Jawi adalah dengan matlamat untuk:

2.1 Mengadakan satu sistem Pendidikan menyeluruh (all rounded ) dengan tujuan melahirkan insan yang beriman, beradab, taat setia, bertanggungjawab , berdisiplin, jujur dan bersih, disamping mempunyai ciri-ciri intelek, logik, berdikari dan berimaginatif.

2.2 Meningkatkan minat, bakat dan kemahiran pelajar dalam aktiviti yang diceburi.

2.3 Mengukuhkan interaksi dan integrasi di kalangan pelajar.

2.4 Mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang bermakna dan berfaedah.


3.0 OBJEKTIF

Sejajar dengan objektif Falsafah Pendidikan Negara, Perancangan Strategik Kokurikulum, Sekolah Menengah Kebangsaan Jawi adalah bertujuan untuk:

3.1 Membentuk sifat berdikari dan kepimpinan yang tersusun dari segi pengurusan serta tanggungjawab kepada diri, sekolah, masyarakat dan negara.

3.2 Untuk meningkatkan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Rukunegara

3.3 Meningkatkan keseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan social, jasmani, minat dan bakat pelajar kearah kecemerlangan kokurikulum berpandukan Falsafah Pendidikan Negara , Pengisian Wawasan Pendidikan Negara dan Wawasan Negara.

3.4 Mengukuhkan interaksi dan integrasi di kalangan pelajar untuk meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan dalam usaha melahirkan budaya sekolah yang unggul dan seterusnya mencapai matlamat

3.5 Meningkatkan penglibatan kerjasama dan sumbangan dua hala antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru dan kakitangan, sekolah dengan ibubapa dan masyarakat

4.0 PEMANTAUAN

4.1 Pemantauan aktiviti kokurikulum adalah dilakukan dengan bantuan Setiausaha Sukan & Permainan, Setiausaha Persatuan & Kelab dan Setiausaha Pasukan Beruniform.

4.2 Pemantauan yang dibuat antara lain merangkumi aspek:
4.2.1 Kehadiran/Keahlian
4.2.2 Penyertaan/ Penglibatan
4.2.3 Kemudahan dan Peralatan
4.2.4 Perjalanan Aktiviti Kokurikulum
4.2.5 Kewangan
4.2.6 Matlamat/Objektif
4.2.7 Perlembagaan/ Peraturan
4.2.8 Disiplin dan Keselamatan
4.2.9 Tenaga Luar